Monday 28 April 2014

Assalamualaikum semua…..




Ada apa yang istimewa dengan ESP Shaklee sehinggakan semua para pelanggan sangat mendambakannya?

Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini.Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee!

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.

Sesuai untuk semua lapisan:
1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!

DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

3. Cara bancuhan ESP
      

  1.  ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana ESP
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + Meal Shake + Aiskrim (buatan sendiri)...resipi leh check sini.
    .
  13. ESP+koko+minyak zaitun+oat+madu+susu (semua ni bancuh n blend)..Its good for brain + energy + healthy diet.. Resepi ini telah dikongsikan oleh Prof Dr. Muhaya  
Sila tambah lagi mengikut kreativiti dan selera anda

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:




Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
Pemberi tenaga 
segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Sekiranya ada di antara kawan2 yang ingin membuat penambahan, dialu-alukan untuk perkongsian bersama.

Terima kasih kerana sudi membaca....

Ekzema

Apa Itu Ekzema dan Bagaimana Rawatannya

sumber: welovesusuibu.blogspot.com

Ekzema atau dermatitis adalah penyakit kulit yang dialami oleh semua peringkat umur. Tedapat rawatan ekzema bagi mengurangkan penyakit ini. Ekzema ini berperingkat, yang ringan hingga yang berat. Bagi ekzema ringan, kulit akan menjadi kering, rasa panas dan gatal-gatal.Ekzema yang agak berat pula, kulit menjadi pecah, retak dan juga berdarah. Walaupun nampak teruk, ekzema tak berjangkit. Dengan rawatan ekzema yang baik, sakit akan berkurangan. Tapi mesti berjaga-jaga kerana kulit pesakit ekzema agak sensitif. Perlu penjagaan yang lebih:4 Rawatan Ekzema (General)
  • Elakkan dari perkara yang merengsa seperti bahan kimia atau pakaian yang gatal.
  • Gunakan selalu 'emollients' bahan pencuci bukan sabun. Juga krim pelembap yang khas untuk ekzema.
  • Gunakan rawatan anti-radang sama ada berasaskan steroids atau yang semulajadi dan tiada kesan sampingan
  • Penggunaan sarung tangan juga disarankan. Bagi mengelak kulit tercedera apabila digaru kerana gatal.
Ya, ekzema bukan mudah hendak dihilangkan. Rawatan ekzema boleh jadi leceh dan memenatkan. Tapi bersabarlah, jika benar rawatan yang diambil, ekzema akan berkurangan.6 Cara Mencegah Ekzema Lebih Teruk



  • 5 Minutes Rule, sapakan emollient sekitar 5 minit selepas mandi. Masa ini, kulit akan kehilangan lembapan dan menjadi kering
  • Beli atau guna pakaian dan 'bedding' yang berasaskan cotton.
  • Pastikan kuku anak yang ada ekzema kekal pendek.
  • Sarungkan sarung tangan bagi anak yang kecil.
  • Elakkan apa juga yang boleh 'trigger ekzema'. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan sintetik.
  • Bagi punca ekzema yang disebabkan 'dust mites'. Jangan gunakan carpet. Basuh selalu pakaian, bedding dan  'soft toys' untuk elak ekzema menjadi parah.
  • Cari tempat yang sejuk elak kulit menjadi gatal.

Rawatan Ekzema: Dalaman

Ekzema boleh dicegah menjadi lebih teruk dengan pengambilan makanan tambahan yang baik. Bahan semulajadi bagi mengawal kegatalan dan radang. Juga merawat luka-luka disebabkan ekzema.


Merawat Ekzema DenganSet Ekzema Shaklee
Set Ekzema Shaklee, insyaallah membantu mengurangkan ekzema yang teruk.
Set ini terdiri dari Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP) dan GLA.

 Kebaikan bagi merawat ekzema:

Omega Guard: Bersifat semulajadi anti radang. Juga memulihkan dan mengawal ekzema dari dari dalam. Pengambilan yang konsisten akan elakkan ekzema dari menyerang.



ESP: Kaya dengan protein soya. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan cepat. Memulihkan parut dan bekas ekzema.




GLA: Bagus untuk hampir semua sakit kulit. Mengurangkan kegatalan. Melembapkan kulit yang kering disebabkan ekzema.



Apa tunggu lagi... sesiapa yang mempunyai masalah ekzema bolehla cuba produk Shaaklee... 

Friday 25 April 2014

Set Penyusuan Shaklee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Ha.... malam ni saya nak berkongsi tentang set penyusuan bagi ibu-ibu menyusu... ini adalah pengalaman saya sendiri...

Selepas melahirkan anak yang ketiga, Fatimah Az-Zahra... saya mula berasa runsing memandangkan anak saya asyik menangis saja... ada juga yang menyarankan saya supaya campurkan sahaja susu ibu dengan susu formula... ketika itu saya berasa amat tertekan kerana dari awal lagi saya bertekad nak menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu... 

Dahulu saya berasa sangat kesal kerana tidak dapat menyusukan sepenuhnya kepada Muhammad Ilyas...
Sebelum habis cuti berpantang... saya pun mencari info tentang tips-tips merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak... akhirmya saya terbaca tentang Set Penyusuan Shaklee... Saya bertawakkal kepada Allah... dengan set penyusuan ini, alhamdulillah dengan izin Allah... akhirnya saya dapat menyusukan bayi saya tanpa mencampurkan dengan susu formula... sejak itu saya jatuh cinta dengan Shaklee dan terus mendaftar sebagai ahli...

Sebelum tu... para pembaca harus ingat... dengan hanya makan supplements, tetapi tidak mengikuti langkah-langkah wajib penyusuan, misi penyusuan anda tidak mudah untuk dicapai... antaranya mestilah selalu supply & demand... ada lagi... anda akan diberi lebih banyak tips-tips untuk berjaya dalam penyusuan ini... kita hanya merancang... Allah yang menentukan... asal saja ada niat yang baik, berusaha dan berdoa tanpa mengenal putus asa... jangan mudah mengaku kalah sebelum mencuba... ('-')...



Untuk masalah susu merudum, saya syorkan pengambilan set penyusuan lengkap ini.


Set Berpantang Shaklee dapat meransang pengeluaran susu. 


KENAPA IBU PERLUKAN VITAMIN-VITAMIN INI?

1. Mengandungi vitamin-vitamin lengkap yang akan membantu meningkatkan lagi pengeluaran susu badan dengan lebih cepat. Apa ada dalam set ini?

B Complex: Dikenali sebagai vitamin antistress yang boleh membantu mengatasi rasa stress ibu-ibu. Tiada stress atau tekanan maka pengeluaran susu menjadi lebih lancar. Kita pun sedia maklum bahwa stress adalah yang perlu dielakkan untuk memastikan bekalan susu berjalan dengan baik.

Vitalea: Mengandungi 28 nutrien lengkap yang akan memberi tenaga dan kecergasan kepada ibu-ibu terutamanya sepanjang berpuasa. Keletihan dan kelesuan akan menyumbang kepada pengeluaran susu yang tidak memberangsangkan.

Vitamin C: Mencantikkan kulit ibu kerana vitamin c kaya dengan kolagen yang membuatkan kulit ibu tampak lebih sihat dan segar semulajadi. Tidaklah pucat semacam, suami tengok pun tak sampai hati kan. Satu biji vitamin C ini bersamaan 7 1/2 biji oren. Bayangkan betapa terserlahnya kesegaran dan kejelitaan anda nanti.

Alfalfa: seringkali dikenali dengan 1001 khasiat yang tak ternilai. Apa yang penting ianya adalah berfungsi sebagai galagtague iaitu penggalak susu. Khasiatnya berperanan sebagai penggalak susu diakui ramai bagi yang telah mencuba. Selain itu ia membantu pelawasan yang sempurna kerana ianya juga kaya dengan fiber.
Tidak syak lagi alfalfa adalah galagtague yang terbaik!

Osteomatrix: Ini adalah pil kalsium yang luarbiasa! Ianya lebih dari hanya KALSIUM. Kenapa? Kerana ianya juga mengandungi vitamin D dan magnesium yang bila digabungkan bersama akan menghasilkan penyerapan kalsium yang lebih baik. Ianya didatangkan dalam bentuk mudah ditelan. Juga boleh membantu masalah sembelit ibu-ibu.

Energizing Soy Protein: Protein soya yang tidak perlu disangkal lagi. Ianya menepati 7 kriteria soya yang selamat diambil dan sudah semestinya organik. Ditanam dengan kawalan ketat tanpa pencemaran yang boleh merosakkan kualitinya. Tiada yang terbaik dan halal melainkan ESP ini. Ianya sangat membantu menghasilkan susu yang lebih banyak!

Kebaikan Omega Guard Shaklee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi kebaikan Omega...
Baiklah, Omega Guard adalah satu produk yang sangat laris dalam Shaklee...
Mari kita baca apa keistimewaan produk ini...



RAMAI YANG MUNGKIN TIDAK PERASAAN DALAM OMEGA GUARD JUGA MENGANDUNGI DHA SEBANYAK 120MG.

Apa Itu DHA  
DHA atau Asid docosahexaenoic adalah sejenis rantaian panjang asid lemak Omega-3. Ia merangkumi kira-kira 97% dan 93% daripada semua asid lemak Omega-3 dalam otak dan mata. 

Keperluan Harian DHA
Menurut kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA), keperluan DHA kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 2 tahun ialah 100 miligram.


Kepentingan DHA
DHA penting untuk perkembangan otak.
- DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum.

DHA merupakan ramuan utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron, yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. 
- Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar. 

DHA memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran.
- kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar. 

Sumber DHA

DHA boleh diperolehi secara semula dalam makanan seperti ikan salmon, tuna dan ikan daripada perairan laut dalam serta minyak kanola.
 sumber omega 3 fatty acid



* Jumlah pengambilan DHA oleh ibu hamil akan mempengaruhi perkembangan otak anak. 
* Anak-anak juga memerlukan DHA secara terus kerana tubuh kanak-kanak tidak mampu untuk memproses DHA dengan sempurna sekali gus akan timbul masalah kekurangan DHA bagi perkembangan otak. 

JADI, SYORKAN OMEGA GUARD PADA IBU HAMIL DAN JUGA KANAK-KANAK.